Showing posts with label GENERAL INFO. Show all posts
Showing posts with label GENERAL INFO. Show all posts

Thursday, 28 March 2013

TIPS UNTUK KURUS

8 CARA UTK KURUS CARA MUDAH

Apakah anda masih kekal gemuk walaupun anda dah cuba pelbagai cara untuk kuruskan badan?


Biar saya beritahu anda satu rahsia:
Jangan harap anda nak kurus kalau anda tak tahu 8 cara asas untuk kuruskan badan anda. Malah, jika anda betul-betul amalkannya, anda akan kurus dengan berkesan!
Bagaimana? Teruskan bacaan anda...




Saya akan senaraikan kesemua 8 cara mudah tersebut seperti berikut:

1. Kawal Pemakanan Anda
Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.
Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda.
Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!

2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein
Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula.
Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.
Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing!

3. Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)
Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!
Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan (bukan junk food ye) supaya anda tidak berasa terlalu lapar. cth..salad sayur2an, yogurt, tempe goreng etc
Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.
Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar supaya anda tidak kelaparan dimalam hari yg mengakibatkan anda akan mencari lg makanan biarpun dah LEWAT MALAM!!!!!!

4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein
Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.
Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.


5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari
Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.
Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.

6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan
Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda.
Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jika office/ rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus!

7. Pilih Program Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik
Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming centre. Anda jejakkan kaki sahaja ke dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk mendapatkan consultation/ khidmat nasihat mereka.
Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya, anda akan diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat sehinggakan salah satu menu anda adalah satu batang lobak untuk waktu petang!
Anda boleh rujuk blog saya untuk mendapatkan program diet yang benar-benar berkesan, semulajadi dan tidak membebankan. Malah, ia mengikut kesemua 8 cara mudah untuk kuruskan badan dengan berkesan yang saya senaraikan di sini

8. Positifkan Diri Anda
Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.
Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari!
Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!


Semoga Berjaya!

CREDIT TO : MIA ADLIN

Tuesday, 26 March 2013

TIDUR UNTUK SIHAT, CANTIK & AWET MUDA





Tidur sama pentingnya dengan air dan makanan tetapi ada orang anggap tidur ini amalan remeh. Padahal tidur adalah salah satu resipi sihat, cantik dan awet muda. Tidak percaya? Ketika tidur, tubuh bekerja keras memperbaiki sel-sel dan jaringan tubuh yang rosak. Otak pula sibuk mengisi ruang memori dengan pelbagai perkara yang anda alami dan pelajari.




Tidur yang dimaksudkan ini adalah tidur yang berkualiti. Ada beberapa persoalan mengenai tidur yang perlu kita tahu. Apakah pengaruh tidur bagi organ-organ penting manusia? Benarkah tidur yang terlampau akan membuat anda gemuk? Atau sebaliknya kurang tidur boleh menyebabkan anda obesiti?


Kulit
Semasa tidur, tubuh menghasilkan hormon pertumbuhan manusia (human growth hormone/HGH) dan melatonin. Fungsi kedua-dua hormon ini berkaitan dengan kecantikan, antaranya untuk memperbaiki sel-sel tubuh, mencegah penuaan diri dan meremajakan kembali jaringan-jaringan tubuh yang telah haus. Kerana itu jangan hairan apabila terdapat perbezaan yang jelas antara kulit orang yang cukup tidur dengan yang kurang tidur. Seseorang yang kurang tidur akan kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya. Sementara yang cukup tidur nampak lebih segar.


Mata
Mata adalah sensor pertama manusia bagi memulai hari. Begitu mata melihat cahaya terang di pagi hari, ia akan mengarahkan tubuh untuk memulakan aktiviti. Dalam sehari otot-otot di sekitar mata akan bergerak-gerak ribuan kali mengikut ekspresi wajah. Sedih, gembira, berkerut, ketawa semuanya melibatkan tarikan otot-otot sekitar mata. Sebab itulah, tanda-tanda penuaan salah satunya ada di kerutan sekitar mata. Jadi untuk memastikan otot-otot itu punya waktu istirahat yang cukup setiap hari, tidur sangat diperlukan. Bagi sesetengah orang, cahaya mempengaruhi cepat atau lambatnya seseorang tidur di samping keselesaan. Ada yang tidur dengan suasana lampu dipasang dan ada juga yang tidur dalam keadaan gelap.


Paru-paru
Sama ada dalam keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk ke dalam tubuh melalui mulut dan hidung, mengalir ke saluran pernafasan dan kemudian ke paru-paru. Apabila udara mengalir dengan baik ke paru-paru, maka fungsi organ ini juga akan berfungsi dengan baik. Hasil kajian Dr. Olga Parra dari Universiti Hospital Barcelona, Sepanyol mendapati, kesulitan tidur akan menimbulkan risiko serangan angin ahmar. Ini kerana adanya gangguan berkala ketika bernafas. Jadi sangat jelas bahawa gangguan tidur adalah gangguan pernafasan selama tidur kerana terhalangnya aliran udara yang masuk ke dalam paru-paru.Nasihat beliau, lakukan aktiviti apa pun agar tubuh bergerak dan letih. Organ tubuh yang aktif bergerak akan mencapai puncak keletihan pada malam hari sehingga membawa kepada tidur yang selesa, tanpa gangguan pernafasan selama tidur.


~ Majalah IlUvIslam




CREDIT TO : anizyn.blogspot.com

Monday, 25 March 2013

25 TIPS KURANGKAN BERAT BADAN


Berikut adalah 25 tips Oleh Kevin Zahri untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.

1 - 10: Nutrisi dan Diet Pemakanan.

Kita mulakan dengan tip-tip diet dan pemakanan.
1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun.

3. Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana hendak mengawal kuantiti pemakanan?!
4. Roti canai ... berapakah kalorinya? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda.
5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling mudah. Anda hanya perlu menggantikan minuman bergula seperti teh ais, milo,soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan kira-kira 10kg dalam setahun. Ingin belajar caranya? Mudah sahaja, kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip ini.
6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tetapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air dalam badan anda.
7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
8. Segenggam tangan karbohidrat. Samaada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk.
9. Pastikan kuantiti pengambilan protein mencukupi. Sebagai panduan, ingatkan diri anda untuk mengambil 2 - 2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Pastikan juga protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
10. Kawal nafsu makan! Satu-satunya cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak berpeluang untuk terjadi. Namun sekiranya nafsu makan itu sudah tiba, maka ia sudah terlewat.


11 - 20: Senaman.
Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Anda tidak perlu mencari trend senaman yang terkini. Apa yang penting ialah anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tidak wajib. Tetapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur. Pastikan anda memasukkan senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu menguatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya jika anda sudah berjaya menguruskan badan, sudah tentu anda inginkan badan yang kental bukan?.
3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Sekiranya anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan untuk membakar lemak, pastikan anda elakkan diri dari mengambil minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.
5. Tidak perlu bersenam setiap hari. Jika bersenam, tidak perlulah melakukannya setiap hari. Ketahuilah bahawa hanya 2 - 4 kali seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda rehat dan pulih. Ingat, yang penting adalah kualiti senaman, bukannya kuantiti senaman anda.
6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
7. Senaman untuk toning?. Senaman semata-mata tidak akan menunjukkan perubahan positif. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).
8. Yoga untuk kuruskan badan? Tidak juga. Yoga sememangnya sesuai untuk flexibilitydan ketenangan tetapi untuk senaman menurunkan berat badan, kardio adalah pilihan yang jauh lebih baik.
9. Sauna dan steam room? Kedua-duanya boleh membantu mambakar kalori dan membuang air dalam badan. Justeru, ia tidak menjadi masalah anda jika anda ingin mengunjunginya.
10. Seks sebagai senaman? Sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stress.


21 - 25: Supplement dan makanan tambahan.
Jika digabungkan dengan diet, senaman asas yang baik serta supplement yang mencukupi, ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda untuk mengurangkan berat badan. Tapi ... pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas yang sering dilihat di dalam pengiklanan.
1. Pil cepat kurus? Tidak kira di mana dan apa juga harganya, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan serta membakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Ia mustahil.
2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teorinya, yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolisma badan anda.Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. walaubagaimanapun, nasihat saya, jangan bergantung kepada mana-mana supplement untuk jangka masa panjang.



3. Ingin mengurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-duanya sekali.
4. Supplement protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Supplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
5. Dapatkan supplement multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai supplement multi-vitaman yang bersesuaian dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.


KAFEIN PENYEBAB GEMUK?????





Seperti yang anda sedia maklum apabila anda memulakan diet bersama ALSD2, perunding diet anda akan memberitahu bahawa pengambilan minuman berkafein adalah dilarang sama sekali contohnye Kopi, teh serta minuman berkarbonat termasuklah minuman isotonik. Ini kerana ia boleh melambatkan@mengganggu proses menurunkan berat badan. Adakah Pengambilan Kafein secara berlebihan akan menyebabkan obesiti? Adakah kafein menyebabkan berat badan bertambah? Dan adakan kesan-kesan buruk yang lain?.


Walaupun byk artikel menceritakan kebaikan kafein dalam memberikan kita tenaga serta membuat kita rasa segar dan tidak mengantuk, ia turut mempunyai pelbagai kesan buruk dan ini termasuklah pertambahan berat badan dan obesiti. Mari kita sama-sama fahami kenapa semasa berdiet ALSD2, pengambilan kafein dilarang sama sekali.


Di sini saya senaraikan serba sedikit antara keburukan kafein iaitu:- 
Peningkatan berat badan
Menyebabkan aras kortisol meningkat
Hypoglycemia
Membuatkan aras serotonin menjadi rendah
Dan juga meningkatkan Stress






Dengan kata lain, daripada meminum minuman berkafein, individu yang ingin menurunkan berat badan@maintain berat badan idea perlulah minum banyak air kosong dan juga teh herba.


Jom kita fahami bagaimana cara kafein boleh menambahkan berat badan.


1. Kafein membuatkan aras cortisol dalam badan meningkat.


Kortisol adalah hormon stress yang menghantar signal kpd badan utk tinggikan penyimpanan tenaga. Proses ini menyebabkan kita rase mengidam nak mkn sesuatu dgn tiba2 serta menyebabkan selera makan bertambah, yang mana membuatkan berat badan bertambah.



2. Kafein boleh cetuskan hypoglycemia


Individu yang mengalami hypoglycemia mempunyai aras gula dalam darah yang rendah dan badan mereka tidak punyai teanaga yang mecukupi untuk aktiviti harian. Untuk tingkatkan tenaga, badan akan hantar isyarat lapar yang palsu yang membuatkan kita rasa nak makan dengan tiba2. Ini juga penyebab berat kita naik



3. Kafein menurunkan aras serotinin dalam badan


Serotinin merupakan penghantar neuron @ neurontransmitter yang merupakan asas penting dalam otak supaya ia berfungsi dengan baik. Kesan daripada tahap serotinin yang lemah termasuklah rasa ingin makan makanan berkarbohidrat dan obesiti.
Kesan lain ialah rasa cemas, ADD, depresi, insomnia, migrain dan juga meninggikan risiko kepada 2 jenis pesakit diabetes, Tekanan Darah tinggi , pesakit jantung dan kanser yang tertentu. 


4. Akhir sekali, kafein boleh menyebabkan seseorg rasa gementar dan menaikkan level stress. Ramai org makan apabila berhadapan dengan stress, ini juga penyumbang kepada kegemukan dan obesiti.


Individu yang cuba untuk kurus perlu mengantikan minuman berkafein seperti kopi dan air minuman isotonik dengan teh herba @ air kosong. Pilihan minuman mestilah tidak mengandungi lemak dan boleh membantu rasa mengidam. Dan semua sebab ini kenapa kita boleh mengganggu proses penurunan berat badan semasa berdiet dengan ALSD2.

MEMORANDUM DARI SYARIKAT NEW IMAGE


UNTUK PENGETAHUAN UMUM..PRODUK ALSDII IALAH SALAH SATU PRODUK DIBAWAH EDARAN SYARIKAT NZ NEW IMAGE IAITU SEBUAH SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YG BEROPERASI DI MIDVALLEY, BANGSAR..OLEH SEBAB ITU PRODUK INI TERTAKLUK DIBAWAH AKTA SYKT JUALAN LANGSUNG MALAYSIA..


DI BAWAH INI ADALAH MEMORANDUM YG DIKELUARKAN OLEH PIHAK SYARIKAT BERKENAAN KESALAHAN PENJUALAN PRODUK DI TEMPAT2 UMUM SEPERTI FARMASI, KIOSK2 JAMU, KEDAI DAN SEBAGAINYA..






CUKA EPAL ..APPLE CIDER VINEGAR (ACV)


Cuka Epal (Apple Cider Vinegar aka ACV)- Khasiat yang ramai tidak tahu 



Di dalam buku panduan peraturan penggunaan Alphalipid Slim Diet II ada tertulis tentang penggunaan epal cider bersama2 ALSDII. kenape ye??? Kalau nk tahu baca artikel ni smpai habis tau....Cuka epal (Apple Cider Vinegar, mat salleh panggil, atau nak lagi moden ACV) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi..Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang2 Greek dan Mesir.


Ia diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.



khasiat ACV

Memecahkan molekul lemak dan & merangsang pemecahan lemak secara tidak langsung dpt membantu proses penurunan berat badan.
menghalang penyerapan lemak dr membina sel lemak yang baru
Mencegah dan mengawal selulit
Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan.
Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi, jangkitan sinus (resdung), selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
Meredakan sakit dan sengal sendi
Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak.
Melegakan saluran pernafasan.
Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
Membunuh bakteria jahat di dalam usus dan memelihara kesihatan usus.
melawaskan usus besar & usus kecil
Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
Melegakan kulit bermasalah seperti eczema (disapu terus pada kawasan yg dijangkiti)
Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
Meng'alkali'kan tubuh (Lebih asid = tubuh lemah, kuat mengantuk, letih, sengal badan. Lebih alkali = cergas dan lebih bertenaga).
Jika diambil sebelum makan, akan lebih cepat berasa kenyang. Juga melambatkan rasa lapar.
melancarkan perjalanan darah



So those yang nak turunkan dan kawal berat badan secara natural dan jimat, sangat2 digalakan ambil ACV ni.



ACV sebagai 'a must have HOME REMEDY'



Keracunan makanan



Kadar Pectin yang tinggi di dalam ACV mampu melegakan dinding usus yang terengsa akibat keracunan makanan (muntah2 dan cirit-birit). Caranya, ambil 1 sudu ACV dilute dalam air suam dan minum 3-4 kali sehari sehingga simptom berkurangan dan lega.



Demam, Selsema dan Sakit Tekak



1 sudu ACV dilute dalam air suam dan di minum 3-4 kali sehari (macam makan ubat doctor jugak.. bezanya cara ni sangat natural dan tak buatkan kita mengantuk). Untuk demam, especially bayi dan kanak2, campurkan setengah cawan ACV dalam segayung air suam dan sponge kan pada kepala dan seluruh badan. InsyaAllah dapat turunkan suhu panas tu..



Jerawat



Oh.. tetiba jerawat setompok tumbuh bila bangun pagi (especially to women time period tu kengkadang 2-3 bonjol jerawat naik kan?).. Caranya, cepat2 sapu ACV ni, memang akan cepat kecut..



Cuka apel mengandung berbagai mineral untuk kesehatan, antara lain:



Kalium yang berfungsi melenyapkan nyeri-nyeri sendi atau rematik, mencegah serangan jantung atau stroke. Kalium juga mampu membersihkan darah dari kolestrol dan toksin. 

Magnesium (mencegah dan menyembuhkan kerapuhan tulang atau osteoporosis). 
Asam Maltat, membersihkan sel yang rusak, sehingga membuat jaringan tubuh manusia menjadi segar dan awet muda. 
Asam Amino, memperkuat dinding usus, hingga melenyapkan sakit . 
Asam Hidrochlorine, membantu pencernaan. 
Pektin, merupakan serat kasar yang berbentuk gel, dapat memperbaiki otot pencernaan dan mendorong sisa makanan pada saluran pencernaan, menyerap kelebihan air dalam usus dan membuang racun dalam isi perut. Bila berintegrasi dengan vitamin C, dapat menurunkan kolestrol dalam darah. 



CARA PENGAMBILAN :-



1) sesudu teh epal cider dicampurkan bersama 2 scoops Alphalipid Slim Diet II diambil seblm sarapan pagi atau



2) .sesudu teh epal cider dicampurkan bersama segelas air suam & diminum seblm sarapan pagi/seblm tidur...hanya sekali sehari



> KAK RUBY ADE TERJUMPA ARTIKEL BERKENAAN SUNNAH RASULULLAH SAW YG TIDAK MEMBENARKAN KITA MENCAMPURKAN SUSU DGN CUKA (ADE KWN KETURUNAN IBAN KATA SD2+CUKA RASA CAM TUAK) SO AKAK SUGGEST GUNA CARA YG KE 2 JE LA YE...



NOTA : WALAUPUN CUKA EPAL CIDER (ACV) INI BANYAK KELEBIHANNYA TETAPI DISARANKAN AGAR JGN MELEBIHI DOS DIKHUATIRI AKAN MENDATANGKAN MUDARAT KRN SIFATNYA YG SEDIKIT ASIDIK....