Monday, 25 March 2013

DIET DETOX


APA ITU DIET DETOX?


Apa itu Diet Detox?..Perkara perlu dilakukan Sebelum Start Program ALSD2

Saje nak tanya…You all sebelum start minum ALSDII@ SDII detoks dulu tak?..Haa.., mesti ramai tertinggal part ini sebelum consume ALSDII. Seelok-eloknya 2@ 3 hari sebelum start program diet ALSDII kita perlu jalani proses detoksifikasi@ Diet Detox so that kesan dari pengambilan ALSDII lagi optimum.
Apa itu Diet Detox? Ia merupakan satu cara yang mana membantu mengeluarkan toksin berbahaya dari dalam badan kita untuk kesihatan yang optimum.


Ada banyak jenis diet detox, tapi yang paling mudah ialah MAKAN BUAH & SAYUR2AN. Ia akan meningkatkan pengerakan usus dan pembuangan air kecil.
Anda mungkin tidak percaya hal2 begini, tapi kajian menunjukkan something will go wrong eventually bila terdapat pengumpulan bahan kimia berbahaya didalam badan kita.





















Sesetengah dari kita hanya akan mengambil tindakan bila hormone tidak stabil, sistem immunisasi tidak kuat, pengurangan nutrient dan juga kadar metabolism badan menurun (That’s why kena detox dulu, baru minum supaya kesan optimum).
Ada banyak kelebihan Diet Detox selain daripada mengeluarkan bahan kimia berbahaya, ia juga meningkatkan kadar pencernaan dan juga tenaga . Selain daripada itu kulit juga akan lebih cerah.


So ingat, untuk kesan yang optimum bila mengikuti Program ALSD2..perlu detoks dulu yer… senang jer, hari pertama just consume buah2an sebagai meals anda..& hari ke 2 amek sayur2an (xkira cara masakan) sebagai meals anda..semasa diet detox ni jgn amik sebarang protein and perlu minum banyak air utk flush out toksin dalam badan... KEHADIRAN TOKSIN AKAN MELAMBAT/MENGGANGGU PENURUNAN BERAT BADAN ANDA!!!!!!!

so SEKARANG ANDA SUDAH BOLEH MEMULAKAN PROGRAM DIET ALSDII ANDA!!!!!!



NOTA : ANDA BOLEH MELAKUKAN DIET DETOX INI PADA BILA2 MASA...KATALAH ANDA TIDAK BERPUAS HATI DGN PENURUNAN BERAT ANDA WLUPUN DAH MINUM ALSDII, ANDA BOLEH BREAK DR ALSDII PROGRAM SELAMA 2 HARI & LAKUKAN DETOX TERLEBIH DAHULU...KEMUDIAN PADA HARI KE 3, ANDA BOLEH SAMBUNG KEMBALI PROGRAM ALSDII ANDA..SENANGKAN.. SO JGN SUSAH HATI YE ANDAI ANDA BELUM LAKUKAN DIET DETOX INI :)

CARA MENGIRA TUBUH IDEAL ... BMI & WAIST TO HIP RATIO (WHR)

In journey nak kurus, semuanyer nak kena catat and measure. Peringatan penting untuk semua yang berdiet with ALSD2, suka untuk kak Ruby ingatkan yg setiap seminggu sekali u all kena timbang berat and measure ukur lilit bahagian2 tertentu badan kita utk keep track our journey to slim.


Untuk this time, kak Ruby nak share sikit pasal nisbah ukuran pinggang dan punggung (Waist Hip Ratio@WHR) dan Juga BMI @ Indeks jisim Badan.


Cara Kira Indeks Jisim Badan:
BMI= Berat (Kg)/[Tinggi (Meter) x Tinggi (Meter)]


Contohnya: Berat kak ruby Skrg 64 Kg, Tinggi 160 cm (Tukarkan kepada meter iaitu dibahagi dgn 100, 160/100 = 1.60)


Jadi BMI Kak Ruby : 64/2.56 = 25 (Normal)>>> HEHEHE disebabkan normal tp diparas cukup2 makan maka akak kena sentiasa alert berat kena sentiasa maintain coz dgn usia yg dh 46 tahun ni...penyakit akan senang menyerang jika tidak beringat2 huhuhu


Kategori Julat BMI
~~> Kebuluran / kurang berat keterlaluan kurang drpd 15

~~> Kurang berat dari 15 ke 18.5

~~> Normal@Berat badan unggul dari 18.5 ke 25

~~> Berat berlebihan dari 25 ke 30

~~> Obesiti / kegemukan lebih drpd 30





Cara Kira Nisbah Ukuran Pinggang dan punggung:
WHR = Ukur Lilit Pinggang / Ukur Lilit Punggung

Cth: Bagi kak Ruby, Ukur Lilit Pinggang = 30 inci, Ukur lilit Punggung 42 inci
Jadi WHR kak ruby : 30/42= 0.71 (Tidak melebihi 0.8)
* Mmm.. WHR akak mmg tak lebih dari 0.8, tapi nak kena kecikkan lagi ukurlilit pinggang, supaya risiko penyakit yang berkaitan jantung kurang.Yelah, dahle tahap kolesterol jahat agak tinggi mmg kena hati2. Sebenarnyer kita kurus bukan utk cantik sahaja, yg penting supaya risiko utk kita sakit berkurangan, agar kita boleh beribadat utk tempoh yg lama kepada Sang Pencipta namun andai kata sakit kunjung jua, maka anggaplah ia sebagai ujian dan penghapus dosa dari Allah.


Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah kaedah penentu untuk mengetahui bentuk badan baik dan ideal bagi setiap orang. Caranya ialah membahagikan ukuran pinggang dengan punggung yang mana bagi wanita, ukurannya mestilah tidak melebihi 0.8 dan 1.0 bagi lelaki. Sekiranya nisbah WHR melebihi tahap ditentukan di atas, bermakna bentuk badan kurang cantik walaupun BMI anda dalam lingkungan normal".

Dengan Pengiraan WHR, Kita boleh menentukan samada bentuk badan kita dari kategori bentu Apple@Pear. WHR juga bergantung kepada lemak yang tersimpan pada bahagian pinggang dan pinggul kita.


* Jika Nisbahnya melebihi 0.8, badan anda berbentuk epal, lebih berisiko utuk sakit kerana lemak banyak terkumpul dibahagian perut@pertengahan badan.

* Jika Nisbah kurang dari 0.8, badan anda berbentuk pear, kurang risiko untuk dapat penyakit kerana berat berlebihan pada pinggul dan peha.

...Jadi mari kita kira Waist to Hip ratio badan kita..agaknyer badan kite ideal ke tak?...
jgn lupe..BMI normal lom tentu badan kita ideal..., jomla kita berdiet dengan ALSD2 supaya kita dapat mengurangkan ukurlilit pinggang. He..he..pesan untuk tuan punye blog jugak. Sekarang akak pi aerobiks 5X seminggu sebagai usaha utk krgkan lg berat badan & for body toning jugakkkssss.... HEHEHE org pompuan la katakan :)

CREDIT TO : slimdiet2-norli.blogspot.com

MENU-MENU PILIHAN DIET ALSDII

Ini adalah pilihan menu dlm program diet ALSDII...menu ini ade sedikit kandungan karbo dlm setiap hidangan..so anda kena berhati2 memeriksa kandungan karbo yg ade dlm setiap hidangan ...yg paling senang lakukan ketones test..so sekiranya bacaan keto anda berwarna putih itu adelah petunjuk yg menu yg telah anda amek mengandungi karbo yg tinggi so anda boleh tukarkan ke menu yg lain...


MENU PILIHAN UTK PROGRAM DIET ALPHALIPID SDII (ALSDII) 

Dibawah ini kami sertakan beberapa menu pilihan semasa program diet ALSDII meliputi sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. Penting: Pastikan minum ALSDII terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa makanan utk mengurangkan rasa lapar anda... 


Anda boleh menyesuaikan mengikut citarasa anda & juga boleh mix n match kan cth klu nk combine menu 1+2 dan sebagainya...terpulang kpd anda menentukan menunya.. saya sekadar ingin berkongsi utk memberikan anda sedikit idea dlm pemilihan menu2 makanan utk hidangan makan anda.. GUD LUCK!! 


SARAPAN PAGI 

Menu-1 Minuman ALSDII, Sebiji telur + Daging + Keju Cheddar rendah lemak, 1 biji tomato saiz sederhana. 
Menu-2 Minuman ALSDII, 2 Biji telur rebus, 1 biji tomato saiz sederhana. 
Menu-3 Minuman ALSDII, 2 Biji telur hancur (scrambled) dan sayur campuran. 
Menu-4 Minuman ALSDII, Sup telur dicampur hirisan ayam dan secawan kobis. 
Menu-5 Minuman ALSDII, 2 biji telur goreng dan salad sayur-sayuran. 
Menu-6 Minuman ALSDII, Sup berasaskan daging ayam, telur hancur (scrambled) dan Brokoli. 
Menu-7 Minuman ALSDII, telur yang di steamkan dengan daging kisar dan cendawan serta sebiji tomato sederhana. 
Menu-8 Minuman ALSDII,2 biji telur rebus, 1/3 cwn asparagus, 1 biji tomato. 1 cawan teh hijau tnpa gula 
Menu -9 Minuman ALSDII, telur mata kerbau, setgh masak, omelette (campur bawang, capsicum cili & tomato) 
Menu-10 Minuman ALSDII, sosej (rebus, grill, slice kecil 7 goreng – limit kpd 2 btg shj) 
Menu 11 Minuman ALSDII, burger daging/ayam (tnpa roti) 
Menu 12 Minuman ALSDII, ayam kukus + spices 
Menu 13 Minuman ALSDII fish finger/fillet (pilih yg chunky n kurang tepong) 


MAKAN TENGAHARI 


Menu 1 Minuman ALSDII, Tofu serta isi ketam, telur dengan udang dan Brokoli rebus.
Menu 2 Minuman ALSDII, ayam dipanggang, adunan salad digoreng bersama bawang putih dan asparagus goreng. 
Menu 3 Minuman ALSDII, daging goreng kicap dan brokoli bersama udang. 
Menu 4 Minuman ALSDII, Rendang ayam serta adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama. 
Menu 5 Minuman ALSDII, ayam digoreng bersama halia dan asparagus dipanggang bersama telur. 
Menu 6 Minuman ALSDII, stik bersama potongan tomato segar dan adunan goreng kacang bendi, cendawan dan bawang. 
Menu 7 Minuman ALSDII, ikan dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang Menu 8 Minuman ALSDII, 2 ketul ayam goreng tnpa kulit, fishcake, syur campur kobis + karot 
Menu 9 Minuman ALSDII, apa jua masakan utk telor, ayam, daging, ikan etc, sayur2an


MAKAN MALAM 


Menu 1 Minuman ALSDII, hirisan kambing bakar dengan sos pudina, sayur campuran dan daun saderi (celery) digoreng bersama udang. 
Menu 2 Minuman ALSDII, Ikan yang dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang. 
Menu 3 Minuman ALSDII, ayam yang dipanggang, tofu bersama daging kisar, serta sayur bayam. 
Menu 4 Minuman ALSDII, hirisan kambing bakar bersama sos pudina, daun saderi (celery) + udang digoreng, serta sayur campuran. 
Menu 5 Minuman ALSDII, Ketam yang dipanggang, ikan dan adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama. 
Menu 6 Minuman ALSDII, adunan goreng udang campur daun saderi (celery) dan hati goreng halia. 
Menu 7 Minuman ALSDII, Tofu beserta isi ketam, udang dimasak dengan telur, Brokoli yang direbus. 
Menu 8 Minuman ALSDII, sup@tomyam ayam, daging, tulang, seafood + sayur 
Menu 9 Minuman ALSDII,Sate ayam, daging (kurangkan kuah n jgn ambil nasi himpit) 
Menu 10 Minuman ALSDII, Tauhu bakar & sotong kangkung 
Menu 11 Minuman ALSDII, pilihan western food cth Chicken chop, lamb chop, steak (kurangkan kuah & jgn mkn fries) 
Menu 12 Minuman ALSDII, ikan tongkol masak sambal, campuran ulaman timun + tomato 

Snek

1. Tempe / Ikan bilis goreng dengan sedikit bawang dan chili potong
2. Nugget ayam,drummet, fish fingers(baca dan perhatikan label kandungan karbohidrat)
3. 1 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja) – hadkan hanya 1 keping tauhu sehari












25 TIPS KURANGKAN BERAT BADAN


Berikut adalah 25 tips Oleh Kevin Zahri untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.

1 - 10: Nutrisi dan Diet Pemakanan.

Kita mulakan dengan tip-tip diet dan pemakanan.
1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun.

3. Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana hendak mengawal kuantiti pemakanan?!
4. Roti canai ... berapakah kalorinya? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda.
5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling mudah. Anda hanya perlu menggantikan minuman bergula seperti teh ais, milo,soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan kira-kira 10kg dalam setahun. Ingin belajar caranya? Mudah sahaja, kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip ini.
6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tetapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air dalam badan anda.
7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
8. Segenggam tangan karbohidrat. Samaada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk.
9. Pastikan kuantiti pengambilan protein mencukupi. Sebagai panduan, ingatkan diri anda untuk mengambil 2 - 2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Pastikan juga protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
10. Kawal nafsu makan! Satu-satunya cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak berpeluang untuk terjadi. Namun sekiranya nafsu makan itu sudah tiba, maka ia sudah terlewat.


11 - 20: Senaman.
Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Anda tidak perlu mencari trend senaman yang terkini. Apa yang penting ialah anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tidak wajib. Tetapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur. Pastikan anda memasukkan senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu menguatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya jika anda sudah berjaya menguruskan badan, sudah tentu anda inginkan badan yang kental bukan?.
3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Sekiranya anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan untuk membakar lemak, pastikan anda elakkan diri dari mengambil minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.
5. Tidak perlu bersenam setiap hari. Jika bersenam, tidak perlulah melakukannya setiap hari. Ketahuilah bahawa hanya 2 - 4 kali seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda rehat dan pulih. Ingat, yang penting adalah kualiti senaman, bukannya kuantiti senaman anda.
6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
7. Senaman untuk toning?. Senaman semata-mata tidak akan menunjukkan perubahan positif. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).
8. Yoga untuk kuruskan badan? Tidak juga. Yoga sememangnya sesuai untuk flexibilitydan ketenangan tetapi untuk senaman menurunkan berat badan, kardio adalah pilihan yang jauh lebih baik.
9. Sauna dan steam room? Kedua-duanya boleh membantu mambakar kalori dan membuang air dalam badan. Justeru, ia tidak menjadi masalah anda jika anda ingin mengunjunginya.
10. Seks sebagai senaman? Sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stress.


21 - 25: Supplement dan makanan tambahan.
Jika digabungkan dengan diet, senaman asas yang baik serta supplement yang mencukupi, ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda untuk mengurangkan berat badan. Tapi ... pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas yang sering dilihat di dalam pengiklanan.
1. Pil cepat kurus? Tidak kira di mana dan apa juga harganya, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan serta membakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Ia mustahil.
2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teorinya, yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolisma badan anda.Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. walaubagaimanapun, nasihat saya, jangan bergantung kepada mana-mana supplement untuk jangka masa panjang.



3. Ingin mengurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-duanya sekali.
4. Supplement protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Supplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
5. Dapatkan supplement multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai supplement multi-vitaman yang bersesuaian dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.


APA BEZA ANTARA BERDIET SENDIRI TANPA MAKAN KARBOHIDRAT DENGAN BERDIET ALPHALIPID SDII JUGA KURANGKAN KARBOHIDRAT


Nak bagi tau sikit ni ade orang kata baik tak payah makan langsung sebab berdiet dengan Alpha Lipid SDII semua tak boleh makan. Ish, betul ker semua tak boleh makan?? di sini kita lihat bagaimana Alpha Lipid SDII boleh MEMBANTU kita untuk mengurangkan berat kita dengan membakar lemak yg terkumpul dengan cara yang lebih PANTAS!!


Berdiet sendiri tanpa mengambil apa-apa supplement memang boleh KURUS!!. Tapi tahukah kita? Diet ini akan mengakibatkan BADAN MENJADI LEMAH sebab makanan & vitamin yang diperlukan tidak mencukupi dan hilang sebab kita sudah gunakan. Kita mungkin tidak mengetahui sama ada lemak @ air yang hilang. Kemungkinan JISIM otot-otot pun boleh rosak. Apabila memulakan semula pengambilan nasi@karbo (gula & kanji) berat badan akan naik berganda berlaku "yo-yo effect". Namun begitu, dengan Alpha Lipid SDII wpun tanpa pengambilan karbo(cth:Nasi) jisim otot akan dibina sambil mencantikkan kulit. Jadi kalau otot dah terbina,peratus untuk gemuk semula adalah rendah, ini kerana lemak telah dibuang secara kekal. Yang penting apabila mendapat berat yang diinginkan pastikan anda MENUKAR pola pemakanan @ tabiat pemakanan yang lebih seimbang (",)


KELEBIHAN Alpha Lipid SDII (Protien Sparing Modified Fast, PSMF)



Boleh makan dan tidak perlu berlapar
Bukan ganti makanan atau meal replacement tapi meal supplement
Turun berat dengan cepat
Kadar penurunan berat yang seimbang dan sekata
Selamat kerana bukan ubat diet bahkan makanan kesihatan yg kaya dan selamat serta efektif kerana bersumberkan pemakanan alam semulajadi (protien soya yang berkualiti tinggi) dan juga, serat soya yg diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral
Sihat dengan zat-zat makanan yang seimbang
Rasa lebih bertenaga
Lebih peka dan badan lebih ringan
Tidak memecahkan protein dalam badan
Mencantikkan warna & tone kulit
Kulit tegang dan tidak kendur bahkan nampak awet muda
Nampak lebih muda & bertenaga
Meningkatkan pembakaran lemak badan secara semulajadi. 'increase metabolisme'
Membakar lemak yang tersimpan lama sebagai sumber tenaga. (tujuan kurangkan kabo @ elakkan nasi)
Tidak ada kesan naik mendadak apabila berhenti bahkan menjga berat badan idaman sepanjang hayat serta membaikpulih kesihatan secara keseluruhan
Tidak anda cirit birit atau sakit perut
Penyelidikan oleh Harvard Medical School.


Alpha Lipid SDII rata-rata mereka memang berpuas hati kerana produk ini bukan sahaja membantu mengurangkan berat badan kita malah ia juga mengajar kita untuk terus "MENJALANI HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT"...


JAUHI FASA OBESITI dan AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.... Amalkan 10 000 Langkah Sehari bersamaan 8km Jalan Kaki..Atau 'Slow Jogging'..Sekurang-kurangnya 3 Kali seminggu!!




KAFEIN PENYEBAB GEMUK?????





Seperti yang anda sedia maklum apabila anda memulakan diet bersama ALSD2, perunding diet anda akan memberitahu bahawa pengambilan minuman berkafein adalah dilarang sama sekali contohnye Kopi, teh serta minuman berkarbonat termasuklah minuman isotonik. Ini kerana ia boleh melambatkan@mengganggu proses menurunkan berat badan. Adakah Pengambilan Kafein secara berlebihan akan menyebabkan obesiti? Adakah kafein menyebabkan berat badan bertambah? Dan adakan kesan-kesan buruk yang lain?.


Walaupun byk artikel menceritakan kebaikan kafein dalam memberikan kita tenaga serta membuat kita rasa segar dan tidak mengantuk, ia turut mempunyai pelbagai kesan buruk dan ini termasuklah pertambahan berat badan dan obesiti. Mari kita sama-sama fahami kenapa semasa berdiet ALSD2, pengambilan kafein dilarang sama sekali.


Di sini saya senaraikan serba sedikit antara keburukan kafein iaitu:- 
Peningkatan berat badan
Menyebabkan aras kortisol meningkat
Hypoglycemia
Membuatkan aras serotonin menjadi rendah
Dan juga meningkatkan Stress






Dengan kata lain, daripada meminum minuman berkafein, individu yang ingin menurunkan berat badan@maintain berat badan idea perlulah minum banyak air kosong dan juga teh herba.


Jom kita fahami bagaimana cara kafein boleh menambahkan berat badan.


1. Kafein membuatkan aras cortisol dalam badan meningkat.


Kortisol adalah hormon stress yang menghantar signal kpd badan utk tinggikan penyimpanan tenaga. Proses ini menyebabkan kita rase mengidam nak mkn sesuatu dgn tiba2 serta menyebabkan selera makan bertambah, yang mana membuatkan berat badan bertambah.



2. Kafein boleh cetuskan hypoglycemia


Individu yang mengalami hypoglycemia mempunyai aras gula dalam darah yang rendah dan badan mereka tidak punyai teanaga yang mecukupi untuk aktiviti harian. Untuk tingkatkan tenaga, badan akan hantar isyarat lapar yang palsu yang membuatkan kita rasa nak makan dengan tiba2. Ini juga penyebab berat kita naik



3. Kafein menurunkan aras serotinin dalam badan


Serotinin merupakan penghantar neuron @ neurontransmitter yang merupakan asas penting dalam otak supaya ia berfungsi dengan baik. Kesan daripada tahap serotinin yang lemah termasuklah rasa ingin makan makanan berkarbohidrat dan obesiti.
Kesan lain ialah rasa cemas, ADD, depresi, insomnia, migrain dan juga meninggikan risiko kepada 2 jenis pesakit diabetes, Tekanan Darah tinggi , pesakit jantung dan kanser yang tertentu. 


4. Akhir sekali, kafein boleh menyebabkan seseorg rasa gementar dan menaikkan level stress. Ramai org makan apabila berhadapan dengan stress, ini juga penyumbang kepada kegemukan dan obesiti.


Individu yang cuba untuk kurus perlu mengantikan minuman berkafein seperti kopi dan air minuman isotonik dengan teh herba @ air kosong. Pilihan minuman mestilah tidak mengandungi lemak dan boleh membantu rasa mengidam. Dan semua sebab ini kenapa kita boleh mengganggu proses penurunan berat badan semasa berdiet dengan ALSD2.

MEMORANDUM DARI SYARIKAT NEW IMAGE


UNTUK PENGETAHUAN UMUM..PRODUK ALSDII IALAH SALAH SATU PRODUK DIBAWAH EDARAN SYARIKAT NZ NEW IMAGE IAITU SEBUAH SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YG BEROPERASI DI MIDVALLEY, BANGSAR..OLEH SEBAB ITU PRODUK INI TERTAKLUK DIBAWAH AKTA SYKT JUALAN LANGSUNG MALAYSIA..


DI BAWAH INI ADALAH MEMORANDUM YG DIKELUARKAN OLEH PIHAK SYARIKAT BERKENAAN KESALAHAN PENJUALAN PRODUK DI TEMPAT2 UMUM SEPERTI FARMASI, KIOSK2 JAMU, KEDAI DAN SEBAGAINYA..